Tuesday, 15 May 2012
Mari terjun ke dunia yang nyata...
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)
Baginda Rasul Allah sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
Fenomena hari ini ramai remaja dan pemuda di Malaysia telah terjebak dengan kancah penzinaan. Walaupun tidak secara terang-terangan mereka melakukan perkara 'Zina' ini, tetapi mereka sedang mendekati tanpa mereka sedari. Lihat saja dikeliling saudara/saudari, pasti kelihatan golongan ini yang sedang bermadu kasih tanpa rasa segan dan silu.
ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMBIMBING
Tersebut pada 2dalil diatas(sebenarnye banyak lagi..cuma nak difokuskan hanya pada dalil ini dahulu.. ^^V ) bagai mana Islam itu menggalakkan perkahwinan antara lelaki dan wanita..(takkan laki dgn laki pulakkan..)..persoalan yang PERTAMA akan timbul...LAYAK KAH AKU?BAGAIMANA DENGAN KEWANGAN AKU?MAMPUKAH?..AKU MASIH STUDY LAGI TAKUT2 POINTER JATUH PULAK LEPAS KAWEN...dan banyak lagi soalan-soalan yang bermain dikotak fikiran kita.
InsyaALLAH dimasa akan datang..saya akan mengupas mengenai soalan-soalan ini..
p/s : ni penulisan pertama saya..kalau ada salah silap..sila2 lah tegur ya..^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment