Baiklah pemuda-pemudi sekalian kita teruskan perbincangan kita mengenai kahwin usia muda. Saya percaya pasti ramai yang ingin tahu apa yang saya ingin ketengahkan pada topik kali ini. Maklumlah, sudah ramai dari kita yang ingin berumah tangga walaupun diawal usia 20-an. Kadang-kadang niatya betul tetapi perlaksanaanya kurang memberansangkan itu yang menyebabkan ada dari kalangan kita yang terjebak kelembah maksiat.
Sebagai individu yang berkahwinn pada usia muda saya seringkali diaujukan soalan-soalan yang berbentuk kekuatan diri(rohani) dan kestabilan mental. Baiklah, pada penulisan saya kali ini saya akan mengetengahkan satu soalan yang sering bermain dikotak fikiran anda yang ingin berkahwin pada usia muda.
BOLEHKAH SAYA BERCINTA DAN BERKAHWIN USIA MUDA?
Perspektif BERCINTA dan BERKAHWIN adalah berbeza. Kita lihat sekeliling kita berapa ramai mereka yang bercinta sakan(bercinta bagai nak rak__orang johor katee) tetapi pengakhiranya bukan di jinjang pelamin?. Dan berapa ramai yang kahwin dulu baru bercinta?.Lihat ini pada sudut Islam dan anda akan lihat bertapa Allah itu maha merancang.
BERCINTA USIA MUDA.
Nak bercinta usia muda?bercinta lah..Allah dan Rasul tak pernah halang malah menggalakkan kita untuk berkasih sayang.
Opssssss!!! wait!!
haaa..kat sini part yang paling bahaya ni..kalau tak dijaga dari awal..habis rosak binasa Iman di dada. Miski pun Allah dan Rasul menggalakkan kita berkasih sayang ianya haruslah bertepatan dengan kaedah-kaedah dan atur cara yang dibenarkan syara`.Bukan main tibai saja..Zaman la ni..Sebut pasal cinta pasal sayang..tu dia..hormon masing2 melonjak-lonjak. Itu bukan cinta...itu bukan sayang cik oii...itu..NAFSU...
Bercinta usia muda ni sesuatu yang mencabar..sebab saya pun dulu bercinta muda..usia saya 12 tahun saya dah jatuh hati pada zaujah saya tapi time tu saya syok sendiri je..sampailah umur saya 17 saya dok syok sendiri lagi..hehe..ok2..berbalik pada topik kita..tang mana yang mencabarnya BERCINTA USIA MUDA NI?
Apabila kita sudah mula berkomunikasi antara satu sama lain. Cuba kita fikir sejenak..apabila kita berdua-duan dengan yang bukan muhrim..Syaitan akan menjadi orang ke-3. Sama juga dengan halnya sekarang..SMS,YM,FB,BBM,TWEET-errrr dan macam-macam lah..tahukah anda apabila anda dok syok main YM or FB tu pun masih ada syaitan yang akan menghasut.betul tak..kadang2 terasa nak kata..."saying i love u~~"..Bukan tak boleh kata "saya cintakan awak"..Boleh..cumanya kita tambah sikit.."SAYA CINTAKAN AWAK KERANA ALLAH TAALA" or SAYA SAYANGKAN AWAK KERANA ALLAH TAALA"..kan nampak cantik sikit..biar pun kita sebenarnya tak nak kata pun "kerana ALLAH TAALA tu"(orang jahil kata tak romentik)..tetapi InsyaAlah...hari demi hari..bila kita dok kata mcm tu..INSYAALLAH kita akan benar-benar mencintai dan menyayangi dia KERANA ALLAH TAALA..itu rahsianya.
Dalam halnya bercinta usia muda ini anda harus diperbanyakkan DOA..kalau boleh 80%..DOA,SOLAT SUNAT HAJAT,ISTIGHARH,TAUBAT dan lakukan solah-solah sunat yang lain. "Boring la asyik nak solah sunat jeeee". Cik oii..solat sunnat ni pun dikira DOA.
Dah tu mana lagi 20%?..10% usaha, 10%tawakal.."Kenapa 10%je usaha? dah tu hang nak berapa banyak usaha?lagi banyak hang usaha..lagi banyak syaitan akan usahakan hang.".Nak kata disini..untuk usia muda ni..cukuplah sekadar itu saja usaha kita..jangan lebih-lebih kerana banyak lagi tanggungjawab kita yang harus kita tunaikan..terutama PELAJARAN. Ibu bapa dok hantar kita pi sekolah/kolej/universiti bukan untuk bercinta..untuk belajar..tapi kalau jumpa calon tu..kira bonus lah..yang penting kena ikut syarat-syarat yang ditetapkan islam.
Tawakalatau mengharap itu perlu. Tetapi seperti permulaan penulisan, saya tegaskan PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK. Kita tidak boleh tahu apa yang akan terjadi esok,lusa tahun depan ke. Siapa tahu yang esok mungkin budak yang anda jatuh cinta semalam meninggal dunia?tak ke frust(menonggeng) kalau letak pengharapan terlalu tinggi?
Wah..rase macam dah panjang je saya tulis..sedangkan pendek je..tapi dah terasa lama..Cukup lah sekadar ini dahulu perkongsian saya..saya ada tanggungjawab lain nak dilaksanakan(layan family..^_^ ) . yang Baik itu datangya Dari Allah Taala dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.Sekiranya ada terkasar bahasa..maafkan saya..saya hanya ingin berkongsi senoktah ilmu dan pengalaman supaya kalian boleh mengambilya sebagai pengajaran dan iktibar InsyaAllah.
Untuk Penulisan Seterusnya saya akan mengetengahkan BERKAHWIN USIA MUDA pula..mungkin topik ni memerlukan 2-3 sesi untuk habis..Wallahualam.
"ISLAM BUKAN AGAMA YANG MENGONGKONG.TETAPI AGAMA YANG MEBIMBING"
Zaman sekarang bab kahwin muda ni susah skit a..memang orang cakap kawin muda bagus..tapi bagi ibu bapa tak, even dorang dulu pun kawin muda. Nak buat apa2 sekarang dlu kena ada duit, saya bukan org melayu tapi sy bkawan ngan lelaki melayu. Saya tak faham dengan mindset berbakti dengan ibu bapa dulu untuk 2-3 tahun.. maksudnya lepas kawin lepas tanggungjawab ke? tak boleh berbakti dah ke? bukan mempersoalkan tapi pelik juga la.. selalu juga tengok tips kewangan yg org viral tu bg duit kt mak pak 100 je.. Je? haha..knp eh?
ReplyDeletePendapat saya..berbakti pada Ibu Bapa tiada penghujungnya..sampai akhir nyawa kita, Harus kita berbakti pada mereka..Perkahwinan bukan titik akhir untuk kita lepaskan tanggungjawab kepada IbuBapa. Malah ia adalah titik mula bagi kita untuk mendalami Isi hati Ibubapa kita. Misalnya bila kita dah punya Anak, Pastinya kita akan lakukan perkara yg terbaik untuk anak-anak samalah juga halnya dengan Ibubapa kita. Mereka mahu yang terbaik untuk kita. Dengan demikian Ibubapa harus diutamakan kerana Anak kita belajar melalui teladan kita. :)
Delete